Wednesday 28 December 2011

Coretan Kehidupan ^__^


Assalamualaikum....

akhirnya datang jugak ilham aku nak menulis lagi. Cuti2 nih buat keinginan nk menulis terbantut sikit.. :-p

Alhamdulillah...  Allah masih lagi memberi ku peluang untuk berpijak di buminya di samping keluarga tercinta dan semua sahabat2...  syukur ke hadrat mu Ya Allah...

2011!!!
a great year..
macam2 berlaku tahun ini..
daripada yang paling happy kepada yg paling x happy...
kalau nk cerita satu2 x larat plak...huhu..
tapi x mo la cerita yg x happy... cerita yang happy jer k..

kehidupan di maktab pun semakin mencabar especially SEM 2...
tugasan yang diberi  makin mematangkan diri dan merupakan persediaan untuk menjadi seorang guru di masa depan.. dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah tugasan membuat BBM Matematik dan Projek Geometry..
bersama Rohana , Azreen, Tan Ru Yun... siang malam bertungkus lumus menyiapkan semuanya sehinggalah ke jam2 terakhir..

bermula dengan Pameran Matematik Geometri

kumpulan hendaklah membuat satu buku cerita yang menggunakan teknik pop-up... kire macam paper engineering la.. kita boleh buat paper timbul dengan pelbagai bentuk..
ingat lagi masa buat buku ini.. teratak 218 iaitu bilik aku dijadikan medan perang kumpulan aku dan kak wan.. alhamdulillah pada pukul 4 pg selesai semuanya..smbutan pon amat baik semasa pameran.. magnificent job dr semua group.. yg penting kami 3 kelas semakin rapat walaupaun berbeza agama dan bangsa.. 1 Malaysia!!!!


dah habis math , mai bm plak...  seawal 7 pagi sdah berada di dewan pameran menyusun kelengkapan dan membawa ABM yg sydah siap.. terima kasih banyak2 kepada Rohana dan Syazwani kerana sabar dengan kami yg menjadikan bilik anda makmal.. sampai tikar pon x blh guna dah..haha ^__^

 rase macam advantage jugakla sebb kumpulan kami memg tepi pintu masuk...  alhamdulillah semua berjalan lancar ...

walaupun banyak duit dilaburkan,, 5 kotak gam gajah digunakan habis-habisan.. semuanya seems so small compared to the happiness that we had during the completion of this project...
I'll never gonna forget this amazing year :-)


p/s ; kalaulah kita dapat tahu mana akhirnya langkah yang diatur pasti kita kan pastikan semuanya sempurna ..but   we're not perfect.. we never know what Allah has planned 4 us..... yang mampu dilakukan hanya berdoa agar segalanya yang baik untuk kita semua...

muahahahha...  melalut banyak dah ptg2 nih...  selamat petang semua... have a nice holiday... :-)
All Ends Well...  Insyaallah,,,

~Tinta Miftah~

Thursday 22 December 2011

memories..

kenangan lama yang menggamit kembali..
rasa macam nak lari ja dari semua tu..
memg org ckap
' just leave it and forget it.. '
org yang x pernah mengalami x kan faham 
hati yg remuk dipijak2 dan patah berjuta2 ..
no one can understand it..
jd kalau nk suruh org lupa...  bedah dulu hati aku,,
 baru tahu kesedihan yang pernah aku alami dulu..

Tuesday 8 November 2011

sabarlah....


 duhai hati
sabarlah menunggu...
fahamilah diri dan dia....

~tintamiftah~

Monday 19 September 2011

setelah lama mendiamkan diri ^__^



Assalamualaikum semua,

lamo dah x nulih nih..

first thing first
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
harap x terlewat lagi...

kepada keluarga tercinta, sahabat jauh  dan dekat dan yang tersayang ^__^ ,,,
saya disini memohon ampun dan maaf zahir dan batin...
moga kedatangan syawal ini memberikan keberkatan dalam kehidupan kita...

bagi yang lama dah bermasam muka tu...berbaikla.....   kita kan satu keluarga...
sayangilah keluarga kita yang masih  ada ini...

 

mereka ini adalah anugerah yang tidak ternilai...... kalau kita tidak dapat kebahagiaan ketika bersama keluarga,,kita tidak akan dapat kebahagiaan di mana2 pun,,,
dipetik dari kuliah Madam Nadia....  so Family comes first...

and friends too




disamping itu,, sedikit nasihat juga ingin ku berikan... yela cuti dah habis dan balik maktab semua nak kene buat n hantar :-)

JAGALAH KESIHATAN ANDA ^__^
antara tips kesihatan yang aku rasa memg berguna dalam kehidupan kite ni ialah ;

- bersenam or pergi riadah... kalau skrg sibuk pun,, senam dalam bilik pun ok....  


- mengawal makanan..hahahah...yg ni penting jugak....= makan makanan yang sihat2...


- SENYUM....jangan lupa..lagipun kalau pagi2 dah muncung sedepa x de lawanya tau...

jadi seyum la selalu....n then ingat senyuman tu kan sedekah...x payah bayar pun... :-))


 sebenarnya banyak lagi...
tapi  antara yang penting jugak...

dapatkan tidur dan rehat yang cukup....



comelnya baby nih....rasa macam nak peluk x nk lepas jer...

insyaallah
jagalah nikmat yang Allah berikan ini supaya kita masih boleh lagi mencari keredaannya dan melakukan ibadahnya di muka dunia ini...

n by the way...
kalau kita menghadapi kesusahan,,,
itu adalah ujian Allah dan bersyukurlah Allah masih memandang kita lagi...

ikhlas daripada
~Tinta Miftah~

Tuesday 16 August 2011

~undefined~

assalamualaikum...
lame giler x mengetuk keyboard laptop kat page nih...
setelah beberapa minggu yang penuh dengan assignment+ABM+others...
barula hri ini dapat menulis lagi...alhamdulillah...


syyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi kita peluang untuk menempuh Ramadan tahun ini
sungguh aku amat bersyukur...
rasa macam Ramadan kali ini penuh dengan kegembiraan....
yang pastinya


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim



subhannallah, betapa besarnya nikmat yang Allah beri dalam buln Ramadan..
jadi apa tunggu lagi...
macam Watson Nyambek lari laju.. kita pon kene la usaha agar dapat update iman...  tambah pasak kukuh kat tiang ketaatan n semua tuh la....
insyaallah...


syukur juga kerana ini kali ketiga aku berpuasa bersama2 sahabat2 T1MT1 yang paling disayangi...
bertemu korang merupkan anugerah paling indah buat aku...love my friends...




lepas cuti sem lepas aku x penah g balik ke kuala pilah...
jadi memg tahap rindu giler2 kat family.. tapi hari tu akak ngn abang zahari ada datang..so kire terubat gak r..tapi x leh lawan la tahap kerinduan aku kat ibu dan ayah tersayang...adik pon lama dah rasa x jumpe...
syukur sekali lagi,, MINGGU DEPAN BALIK!!!!!!!!!!!!!!
MUAHAHHAHAHHAHA!!!! kire hari beb.... aku x kisah raya ke x raya asalkan dapat blik H66... 


esok Nuzul Quran... penang amek cuti so secara rasminya aku pon cutila.... ada la rehat sikit daripada minggu2 yang lepas... rasa mcm nk belobang otak...hahahhaha...


kemudian... Syukur juga kerana Allah telah menganugerahkan aku perasaan ini dan dia...hahahah....semoga ia berkekalan sehingga.................................................   -RAHSIA- 


apa nk buat malam nih tah....  pikiaq2 zira.... rasa mcm nak tgok Running Man..hahahah... bajet x de keje..tp memg keje smkin kurang.,.... eh lupe... assignment EDU...   x pa...boleh g...


rasa mcm idea dah x da dah..


SALAM RAMADAN BUAT SEMUA....

Tuesday 5 July 2011

it's Hard to Please Everyone

assalamualaikum...
petang yang nyaman ni walaupun letih 
tp x tau la knape hati aku cukup tersentuh...sangat tersentuh dengan apa yang telah terjadi... tapi layakkah aku kalau aku sendiri tidak tahu pihak mana yg salah sebenarnya...susah nk puaskan hati orang lain,
kalau nk jadi apa yang org inginkan,, dikatakan hipokrit,,
kalau x jadi diri sendiri merana diri pulak sebb asyik berpura-pura
so mana 1 agaknya?
perbuatan, percakapan dan tingkah laku...kadang2 terjadi di luar sedar,,
bila dah tersedar, segala dah berlaku...
kadang2 juga, kita tidak berniat untuk melukakan hati sesapa, tapi ianya terjadi dengan tidak sengaja...
kadang2 juga kita tidak terniat untuk membawa diri kita jauh dari orang lain, tapi apakan daya apabila hati sendiri tidak dapat menerima apa yang telah terjadi...
jalan mana yang harus dipilih?
memg senang orang kata
"kau boleh berubah"
betul, boleh..tapi sekiranya dari sudut pandangan kita pula,,,walaupun perubahan ada tapi ikhlaskah kita menerima dirinya seadanya...
setiap insan di muka bumi Allah ini tidak lari daripada melakukan kesilapan,
perkataan MAAF satu perkataan yang sangat luar biasa
ia mampu mencairkan hati yang keras, hati yang penuh dengan dendam
tapi persoalannya, adakah kita mempunyai keberanian untuk menyatakannya?
kesedihan disebalik senyuman, tak ramai yang dapat menyedarinya..
aku pun x dapat menyelami hati setiap orang yang ada di sekeliling ku...
cuma, diri ini memohon maaf andai segala tingkah laku atau tutur kata ada yang menyakiti pihak2 lain.. tidak pernah terniat pun di hati ini menyakiti insan2 yang disayangi..




kepada sahabat2 terutamanya T1MT1, love u all...semoga ukhuwah yang terjalin semakin erat dan teguh :-))