Wednesday 25 May 2011

Great Friends

Assalamualaikum...
alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi

PEPERIKSAAN DAH HABIS!!!!!!

memang den logo = lega giler r
 (dah kuar dah loghat aku)
muahhahahah!!!!
tunggu masa nk balik jumpe ayahanda,bonda dan keluarga tercinta kat Kuala Pilah
common la semua nak enjoy lepas habis exam kan
so aku dan kawan-kawan keluarla meronda pulau mutiara
sampai sesat la ke QB..hahahha
salah roundabout..
misi pertama pergi Domino's Pizza dulu



memg sedap tp yang nih ok la..not my favourite tp
asalkan boleh ditelan  :-))
mula-mula nk makan kat situ tp kanak-kanak MT1   ramai kan so kami beli n makan di satu destinasi yang aku akan citer sat g
13 kotak woooooo kami beli...technically sebb Ched Boyak ada voucer
so kami dapat la free banyak
kemudian 2 kereta kancil serta 5 motor pun bergerak ke satu tempat di pinggir pulau iaitu

PADANG KOTA


 
ni lah padangnyer .hahah
mengikut wikipedia, padang kota lama nih dulu kota pertahanan dan kemudian pandai-pandai la
BACA SENDIRI SEJARAH MALAYSIA :-p

kami lepak la dekat kawasan permainan budak-budak kat sini
amik gambar and yang paling penting
melantak 13 kotak Pizza... air nyer 2 botol...memg x cukup pon nk kasi makan anak-anak 18 orang :-))

mengikut statistik malam tadi..pemenang yang berjaya yang makan banyak giler Pizza ialah
ABU SUFFIAN
tahniah diucapkan!!!
lepas bermain, borak-borak, gelak ketawa bersama-sama
main buaian yg patutnyer 12 tahun jer limit
tapi Nik, Pika, Zern dan Zikri serta aku la x sedar diri gak...hahhahaha
ada aku kisah.... asalkn happy jadi remaja
 lepas tuh ada la dua insiden besar dan melawakkan berlaku
 BERITA TERGEMPAR DARI PADANG KOTA 
1) bom panas menimpa CHED BOYAK dan ALIA AHMAD 

  
lebih kurang macam nih la ...HAHAHHAHAHAHA!!!!!
kesian alia la,, slalu kene bom panas..naseb ko la kembaq....

2) SYUKRI ROSLAN dan saudari __________ dilaporkan tergolek atas padang permainan tersebut,,
dikatakan punca kerana badi  memakai baju yang sama kaler,, adakah logik..lu fikir sendiri..
adoiiiiiiiiiii...sakit kot...syukri siap landing macam tido mengereng...dan saudari lagi satu cedera ringan sahaja...heheheheh
--nama terpaksa dirahsiakan--




inilah sahabat yang aku sayangi
bukan 
paling ku sayangi
terima kasih atas kebahagiaan dan keseronokan ini...
semoga silaturrahim yang terjalin akan lebih kukuh insyaallah... 
moga kita akan kekal begini...
mencoret setiap pengalaman indah sepanjang berada di Pulau Mutiara 
pelbagai ragam, pelbagai dialek, pelbagai perangai
tp kita tetap MT1 

masa pun berlalu..
semua nak packing barang dah..
balik ke negeri tercinta masing-masing
pelbagai jenis transport antaranya 



 

semoga selamat sampai ke syurga tercinta 
jumpa lagi insyaallah 3 minggu lagi untuk PISMP SEM 2..

~tinta miftah~

 

No comments:

Post a Comment